Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman yang
dilahirkan pada 03 April 1987 di Felda Kechau ,kuala lipis, Pahang.
Beliau telah berpindah dan bersekolah di sekolah Kebangsaan
Sg.Besar,Selangor kemudian melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah
Telok Gadong Klang. Selepas itu beliau telah belajar di Sekolah Pondok
Pasir Tumbuh Kelantan. Selepas tamat pengajian di sekolah pondok, beliau
menyambung pelajaran di sekolah Integrasi As-Syakirin, Shah Alam
sehingga tingkatan 5 dan melanjutkan pelajaran ke Taylor Collage.
2. PERTUBUHAN AWAL SYARIKAT
D'Herbs Healthy Marketing ditubuhkan
pada September 2010 dimana kami hanya beroperasi di lot kedai di tingkat
2 dengan seorang pekerja sahaja dan mempunyai 4 produk utama iaitu
Bedak Asas, Produk pelansingan, Minuman Kesihatan Wanita dan Lipstick
Rawatan Bibir.Dan kini Kami mengorak langkah maju setapak kehadapan
dengan menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru dengan seramai 35
orang kakitangan yang membantu melancarkan perjalanan syarikat.
Bermula dengan hanya beroperasi di
tingkat 2 kami telah berpindah di lot kedai bawah dan telah menyewa dua
lot kedai bagi melancarkan urusan perniagaan dan memudahkan semua rakan
niaga berurusan. Kini D'Herbs telah menjadi satu jenama yang semakin
mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan
Brunei dan kami juga berazam untuk menjadi salah satu jenama kosmetik
yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan matlamat kami
sehingga ke seluruh dunia.
Wawasan Syarikat:
Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Misi Syarikat:Visi Utama D'Herbs adalah untuk menjadi sebuah syarikat single level yang mengeluarkan produk kecantikan dan kesihatan dengan konsep terbuka yang lebih mudah dan ringkas sekaligus mempunyai sistem yang terbaik dari segi pengurusan, keberkesanan, kualiti serta harga berpatutan yang mampu dimiliki oleh semua golongan sekaligus dapat menjana pendapatan serta keuntungan bagi kedua – dua pihak iaitu pengeluar dan peniaga.
Membantu golongan wanita dan lelaki yang mengalami masalah kesihatan dalaman dan luaran untuk tampil dengan lebih yakin dan bergaya. Disamping membantu mereka menjana pendapatan yang lebih lumayan dengan menjual produk daripada D'Herbs
Objektif Syarikat:
- Membantu masyarakat merawat wajah luaran dan dalaman.
- Memberikan perkhidmatan selepas jualan.
- Mempunyai konsep kedai yang kemas, menarik, bersih dan ceria.
- Memberikan produk yang terbaik untuk pelanggan untuk masa jangka panjang.
- Mengedarkan produk kosmetik, kesihatan dan kecantikan semua produk yang terdapat di pasaran khususnya Malaysia dan menjadikan sebagai kedai semua dalam satu bagi memudahkan pengguna (One Stop Center).
- Membesar menjadi sebuah syarikat sendirian berhad.
- Menjadi sebuah syarikat bumiputera yang berdaya saing dan kompetitif dalam perniagaan yang sangat mencabar.
KENAPA D’HERBS MENJADI PILIHAN
- Syarikat yang kukuh, telah beroperasi selama 4 tahun dan kini menjadi antara produk terlaris di pasaran
- Pelan Pemasaran yang mudah dan menarik
- Menyediakan sistem latihan dan bantuan aktiviti
- Bonus serta ganjaran menarik dan mampu dicapai
- Menyediakan kemudahan sistem online
- Mempunyai kilang sendiri dan menghasilkan produk yang berkualiti
- Produk pencetus fenomena dengan harga rendah kualiti berbaloi
- Peneraju dalam menghasilkan produk Jus Minuman Kesihatan
- Komited kepada pengeluaran poduk BERSIH, SUCI dan HALAL
- Syarikat berlesen dan milik penuh Bumiputera
- Fleksibel dan mudah bertolak ansur dari aspek perniagaan
Kami telah mengiklankan produk D'Herbs
di majalah dan akhbar yang terlaris di Malaysia seperti Mingguan Wanita,
Midi, Keluarga, Harmoni, Metro, di mana iklan kami telah disiarkan
setiap minggu dan ianya memberi impak yang sangat besar kerana kami .
Kami juga telah bersiaran di radio-radio Nasional dan mendapat sambutan
yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan D'Herbs juga telah menaja
program-program hebat seperti Akademi Fantasia dan Bintang Mencari
Bintang yang disiarkan di Astro dan TV3!
PERKEMBANGAN TAHUN 2012 - 2014
Tahun 2012 merupakan tahun kemuncak bagi
produk D’Herbs di mana kami telah bernaung di bawah Label syarikat
Sendirian Berhad dan kami telah mengembangkan perniagaan kami dengan
berpindah ke bangunan 4 tingkat milik syarikat yang lebih strategik dan
selesa .Dengan perpindahan ini, syarikat mampu menyakinkan semua stokis
dan pengedar untuk menjual dan memasarkan produk D’ herbs dengan lebih
meluas dan berkembang maju.
Kami juga telah membuka beberapa anak
syarikat iaitu Megah Perawan Sdn.Bhd yang menghasilkan dan menjual
produk kosmetik dan sedikit kelainan konsep di mana Megah Perawan
Sdn.Bhd hanya berurusan dengan seorang stokis tunggal yang dilantik dan
akan bertanggungjawab memasarkan produk Megah Perawan Sdn.Bhd di seluruh
Malaysia dan setakat ini permintaan produk ini amat mendapat sambutan
daripada pengguna-pengguna di seluruh Malaysia.
D’Herbs juga telah membuka sebuah
syarikat yang dinamakan Aliff Herbs Manufacturing Sdn.Bhd di mana
syarikat ini khusus untuk pengilangan produk kesihatan dan kecantikan
dan kami juga membuka ruang kepada syarikat-syarikat lain yang berminat
untuk menghasilkan produk di bawah syarikat ini.Menyediakan kemudahan
dan perkhidmatan dari awal sehingga akhir penghasilan sesebuah produk
termasuk penghasilan kotak dan reka bentuk produk mengikut citarasa dan
kepuasan pelanggan.
Untuk online atau atas talian, Produk D'Herbs boleh didapati melalui
Syarikat Deherbs Global Marketing yang bertanggungjawab dalam urusan
belian atas talian www.deherbs.com.my dan www.facebook.com/DeherbsHealthySdnbhd.
Terima kasih kepada anda semua diatas sokongan padu dari seluruh
Malaysia,Singapura dan Brunei menjadikan D'Herbs Produk No.1 !!
The Gaming Capital of Greater Manchester
ReplyDeleteThe Gaming Capital 김제 출장마사지 of 평택 출장마사지 Greater Manchester is a brand new casino with world-class games 광양 출장마사지 and sports betting, and over 1,000 slot 부천 출장안마 and live dealer games. 동해 출장마사지